hey blog
29 october hari yg paling ditunggu utk minggu ini. ye la dpt balik umah nak sambut raya. sampaikan floor hostel tinggal kami berempat je. mahu tak bosan duk sini.
minggu ni je macam2 jd kat uitm. dah la tertekan baca law. td ade muet. susah btol
aritu masa nak kuar uitm pegi membeli belah di ipoh. ade la satu eksiden dlm kawasan uitm.
tgk punye tgk rupenye kete kwn sendiri masuk longkang. punye la risau Tuhan je yang tahu. selidik punye selidik rupenye dia ngelakkan pak guard yg tetibe belok kanan tanpa signal. cis!
meh cite pasal arini. punye la excited nak balik sampai malam semalam dah masukkan sume barang yg nak dibawa balik. konon2 lepas muet terus nak chow. skali kete naz rosak!!! rase nak nanges je. tak leh start. kwn2 ade gak dtg nolong. tp at first yg dtg sume kaki hensem nye org. tahu ke pape? sangkaan ku benar benar belaka sbb sume tatau! telefon la mr adha.dia pun sudi la plak dtg membantu. tapi dia pun tatau nape. tp dia offer la p panggilkan pomen.
pomen yg dtg plak kan men hensem.comel je rase. tp sementara tunggu pomen tu dtg rase nak nanges je dah. mengenangkan naseb badan. huhuh. lepas siap tuka bateri gerak dlm kul 4. anta atiq kat kl sentral. kitorang bukak pose kat sana jugak. pastu anta nolie. last baru ida. penat!
td try la call adha nak ckp time kaseh. tp dia tak dgr. so kire msg je la. hehe thanks mr adha.
special thanks kat nolie ida and atiq! saya amat menghargainye!
Sunday, October 30, 2005
Saturday, October 22, 2005
belasungkawa
assalamualaikum..
tanggal 20 Oktober 2005 bersamaan 17 Ramadhan perginya seorang insan yang digelar Malaysia First Lady. Datin Seri Endon Mahmood yang juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia jam 7.50 pagi di kediaman beliau di Seri Perdana, Putrajaya. Allahyarhamah meninggal dunia setelah kira-kira 18 hari pulang dari Los Angeles untuk menerima lawatan kanser payudara.
cuaca yang mendung serta hujan di Lembah Klang bagaikan mengerti dan turut bersimpati di atas pemergian seorang insan yang tabah ini. Keadaan cuaca ini juga tidak menghalang ribuan rakyat mengunjungi Seri Perdana untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
Lain pula cerita aku di Uitm Seri Iskandar. Diibaratkan seperti duduk di satu pulau terpencil yang tidak mengetahui dunia luar. Aku dapat tahu peristiwa sedih ini pun setelah aku menelefon ibuku di Shah Alam. Aku menelefon ibuku setelah merasa pelik kerana siaran radio pilihan ku yang selalunya memutarkan lagu-lagu yang rancak bertukar ke bacaan Yassin. hati pada mulanya terdetik salah siarankah aku. bila ku cuba menukar siaran, baru ku sedar semua siaran membacakan surah Yassin.
hati juga terdetik, kenamaan manakah yang meninggal dunia? Tun Ghafar Baba kah? rupa-rupanya wanita yang berjiwa cekal meniti kehidupan ini yang telah dijemput Allah SWT.
Satu dunia tahu, Allayarhamah yang juga dikenali sebagai Kak Endon ini adalah sumber inspirasi wanita-wanita lain. Beliau sangat prihatin tentang kebajikan anak-anak dan kaum wanita terutama di Malaysia. Beliau juga pelopor seni batik dan songket warisan Melayu Lama. Kalau tidak, masakan wujudnya buku bertajuk The Nyonya Kebaya pada tahun 2002. Semua koleksi beliau telah dibukukan dan disusuli pula satu simposium dan pemeran di Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2003 dan buku itu diulang terbit pada Mac 2005 dengan tajuk baru A Century of Straits Chinese Costume.
Lupakan sebentar kisah Allahyarhamah, fikirkan pula perasaan Perdana Menteri kita menghadapi kenyataan ini. 40 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri dan dikurniakan dua cahaya mata iaiti Kamaludin dan Nori. Datuk Seri Abdullah dikatakan tenang serta tabah setelah isteri yang dikasihinya menghembuskan nafas terakhir. Betapa kuatnya iman beliau kerana menerima peristiwa mengejutkan ini dengan redha. Ingin saya memetik ayat yang dituturkan oleh Datuk Seri selepas menghadapi cubaan besar apabila ibunya meninggal dunia pada 2 Februari tahun lalu. Datuk Seri telah menelefon Allahyarhamah yang sedang menjalani rawatan di Los Angeles dan memberitahu 'Saya telah kehilangan seorang ibu dan saya tidak mahu kehilangan kamu pula.' Disebalik wajah tenang seorang pemimpin negara, kadangkala terusik juga dengan cubaan yang datang dari Allah SWT. Sekali sekala wajah Datuk Seri memperlihatkan riak sedih kerana tidak dapat menahan sebak selepas pengebumian isteri tercinta lagi dikasihi.
Datin Seri Endon Mahmood akan sentiasa diingati dan dekat di hati sebagai wanita yang murah hati dan sentiasa cekal menghadapi ujian Allah SWT. Allahyarhamah juga antara pejuang kanser yang tabah dan sentiasa positif untuk menjalani rawatan dan pernah berkata 'seseorang pesakit kanser boleh diibaratkan sebagai pemenang kerana kekuatan, ketabahan dan semangat jitu mereka berjuang melawan penyakit tersebut. dan dengan rela hati saya menyatakan saya juga seorang pemenang.'
Harapan yang dinyatakan pula agar suaminya boleh membuat kerja dengan baik untuk negara dan memimpin negara dengan baik. sifat semulajadi suaminya itu meyakinkan suaminya mampu menjadi seorang pemimpin yang boleh dibanggakan. Datuk Seri adalah seorang suami dan bapa yang baik, dia tentu boleh jadi Perdana Menteri yang baik.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dikalangan roh-roh orang yang soleh dan solehah. Pemergian beliau di bulan yang mulia ini diharap dapat dihimpun dengan orang-orang yang beriman yang sentiasa disisi Allah SWT. Dengarlah wahai wanita yang bernama Datin Seri Endon Mahmood, seluruh warga Malaysia khususnya amat sedih atas pemergianmu dan sentiasa redha atas ujian Nya. Amanlah kamu di sana disamping orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.
sumber:- Berita Harian 21 Oktober 2005
Utusan Malaysia 21 Oktober 2005

Sunday, October 09, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)